Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan mengambil langkah 'lunak' terlebih dulu dengan meminta Ketua Setiausahanya (KSU), Mohamad Fauzi Md Isa untuk meneliti dan mengadakan perbincangan mengenai sikap sesetengah stesen TV yang mengambil kesempatan dengan tidak membayar kepada penerbit dan artis walaupun karya mereka sudah ditayangkan.
Sikap tidak bertanggungjawab itu sekali gus memberi kesan kepada pembayaran balik dana pinjaman oleh pihak syarikat produksi kepada institusi kewangan, My Creative Ventures Sdn Bhd.
Katanya semasa majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Kuala Lumpur, hari ini.