Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat esok, berhubung kewujudan surat yang didakwa daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai pemilihan UMNO.
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis itu berkata, usul tergempar itu akan dikemuka mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi penjelasan mengenai keaslian surat berkenaan.