Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba Gyeogju, Korea Selatan bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2025 yang berlangsung hari ini hingga 1 November.
Terdahulu, pesawat yang membawa Anwar dan delegasi negara mendarat di Pangkalan Udara Gimhae, Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan pada jam 7.41 malam waktu tempatan (6.41 petang waktu Malaysia), semalam.
Ketibaan beliau disambut Timbalan Gabenor Gyeongju, Hojun Song dan Komander Sayap Udara Ke-5, Brigedier Jeneral Kang Geun Shin.