Di Mahkamah Syesyen Kuala Lumpur hari ini, pegawai tinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, atas 32 tuduhan.
Setiausaha Bahagian Kewangan, Otman Arsahd, 57 tahun dituduh salah guna kedudukan danmembuat tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta, empat tahun lalu.
Dia mengaku tidak bersalah selepas semua tuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Allaudeen Ismail.
Otman didakwa melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, antara 28 Februari 2012 hingga 18 November 2015.