Stesen radio Hitz Sarawak mengesahkan mereka menerima peletakan jawatan salah seorang penyampai radio mereka susulan kontroversi video mempersenda seorang guru wanita di aplikasi TikTok.
Menurut Hitz Sarawak, peletakan jawatan Muhammad Yusuf Shukri atau DJ Yusuf berkuat kuasa semalam selepas siasatan dalaman mengenai perkara itu dijalankan.