Lim Guan Eng membidas kenyataan dibuat Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan yang menyatakan
tindakan wakil rakyat melompat parti tidak bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan.
"Seorang Islam tak boleh murtad kan? Itu tak boleh murtad, tapi politik
boleh?" kata Setiausaha Agung DAP itu dalam sidang medianya hari ini.
Terdahulu Takiyuddin menyatakan, Akta Anti Lompat Parti di Pulau Pinang
tersekat kerana pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan
terlebih dahulu.