Kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau
sesuatu negeri, kata perdana menteri.
Muhyiddin Yassin berkata perkara itu mengambil kira pelaksanaan Program
Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
“Sebaliknya, kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan
secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja,” katanya dalam
perutusan khas mengenai program Pemerkasa hari ini