Penilaian prestasi 100 hari ahli kabinet yang diumumkan perdana menteri Ismail Sabri baru-baru ini adalah berdasarkan pencapaian sasaran yang ditetapkan kementerian masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad juga berkata, tiada keperluan untuk mendedahkan markah terperinci yang diperolehi oleh setiap ahli kabinet.
Terdahulu Cha Kee Chin (PH - Rasah) mahu kerajaan memberikan justifikasi markah 90 peratus yang diberikan Ismail Sabri kepada kabinet dalam kad laporan 100 hari mereka.