Seorang pekerja joki kereta terbunuh manakala 12 orang lagi termasuk pelancong asing cedera, dalam serangan bom tangan dipercayai membabitkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap di Jalan Bukit Bintang, hari ini.
Kejadian berlaku di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, dan dipercayai adalah serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng ketika dihubungi Bernama mengesahkan kematian lelaki itu dan identitinya ialah Tiong Kwong Yie, 36 tahun.