Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan April tahun depan tidak membebankan rakyat kerana mereka yang menggunakan petrol RON95, diesel dan LPG bakal menikmati pelepasan cukai itu.
Kerajaan turut mencadangkan senarai barang makanan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan GST.