Calon PKR di DUN Gambir, Naim Jusri didapati positif Covid-19 sebaik tiba di pusat penamaan calon namun masih dibenarkan menghantar borang pencalonannya selepas diasingkan.
Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh memaklumkan Naim akan menjalani kuarantin manakala kempen mereka di kawasan itu akan diteruskan.