Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini enggan mengulas mengenai isu pemilikan sejumlah sahamnya dalam beberapa syarikat di Bursa yang menjadi kontroversi baru-baru ini.
Menjawab soalan pemberita dalam sidang medianya di Putrajaya hari ini, Azam berkata dia telah membuat penjelasan mengenai perkara itu sebelum ini dan menyifatkan kes itu telah 'ditutup'.