Ahli Parlimen Kelantan kecewa dengan pembentangan Bajet 2015 yang didakwa meminggirkan negeri itu. Sehubungan itu, mereka menuntut jawapan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sama ada beliau menghukum negeri itu kerana tidak mengundi BN.
Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaafar berkata Kelantan menjadi bukti kerajaan BN memang mengabaikan mereka yang tidak menyokongnya. Menurutnya, layanan ini sama seperti ucapan perdana menteri ketika merasmikan Konvensyen MCA semalam yang tidak mahu membantu orang Cina sekiranya tidak menyokong BN.