Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak RM80 juta barangan mewah milik bekas PM Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor yang dirampas empat tahun lalu berhubung kes 1MDB.
Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa tiada bukti bahawa barangan itu diperoleh menggunakan dana 1MDB.
Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, Shafee berkata serbuan di Pavilion Residence empat tahun lalu tidak lebih daripada tuduhan untuk mengaitkan Najib dan Razak serta menggambarkan bahawa pasangan itu adalah punca di sebalik skandal 1MDB.
Sumber video: https://fb.watch/gNzyz_Z7q5/