Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli memberi amaran kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki bahawa PH akan mencarinya pula berhubung skandal pegangan sahamnya sebelum ini jika gabungan itu memenangi PRU15.
Bercakap pada Ceramah Mega PH di Johor Bahru malam tadi, Rafizi berkata SPRM mesti berdepan dengan mahkamah terlebih dahulu berhubung serbuan ke atas syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd.
Rafizi mengulangi bahawa tindakan terhadap Invoke itu adalah sebahagian daripada taktik ugutan BN pada kempen-kempen terakhir.
Sumber video: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/666258694896442