Noh Omar memaklumkan dia telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.
Noh turut menggesa Zahid meletakkan jawatan sebagai presiden parti itu berikutan kekalahan Barisan Nasional dalam PRU15.
Selain Noh, gesaan sama turut dibuat oleh Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan Shahril Hamdan yang telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Umno.