Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang ditemui media selepas selesai membentangkan hujah di Mahkamah Persekutuan berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperolehi secara 'tidak sah' boleh diterima jika bukti berkenaan adalah relevan.
Beliau menyanggah hujah pasukan pembelaan Anwar minggu lalu yang mendakwa barangan yang diambil dari lokap untuk pengambilan sampel DNA diperolehi melalui "tipu helah".