Ahli parlimen PN pagi ini keluar beramai-ramai dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes mereka apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau tidak membenarkan usul pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibahaskan hari ini.
Awalnya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamil (PN-Machang) berdiri pada awal persidangan sesi membacakan aturan mesyuarat yang memaklumkan bahawa usulnya membahaskan isu tersebut ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.