Selepas hampir 25 tahun, suara Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali bergema di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Lebih istimewa Anwar kembali berucap dipentas itu sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia dalam sebuah acara bersejarah, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang menghimpunkan 19 parti yang mendukung kerajaan pimpinannya.
Source: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/1291788535098039