Menteri Besar Perak Saarani Mohamad menyifatkan dakwaan Razman Zakaria bahawa wujud gerakan untuk menjatuhkan pentadbirannya sebagai berbaur hasutan.
Menurutnya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan berhubung kenyataan dibuat Pesuruhjaya PAS Perak itu kerana ia boleh mendatangkan kegusaran masyarakat.