Subsidi bersasar penggunaan elektrik bagi golongan T20 berasaskan pendapatan akan diumumkan selepas sistem Pangkalan Data Utama (Padu) dijangka siap hujung tahun ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ketika ini, subsidi diberikan berdasarkan kategori jumlah unit elektrik (kWj) pengguna dan bukannya berasaskan pendapatan.