Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pelatih yang menjalankan latihan industri di kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menerima elaun perantisan minimum sekurang-kurangnya RM800 sebulan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
Bagaimanapun, Anwar tidak mengumumkan tarikh permulaannya.