Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menggesa menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan peranan warga China yang kononnya dikaitkan dengan projek nadir bumi Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah).
Bercakap pada pelancaran jentera pilihan raya BN-Harapan Pulau Pinang malam tadi, Saifuddin berkata Sanusi mempunyai masa sehingga hari ini untuk menjelaskan dua isu membabitkan individu berkenaan.
Beliau mendakwa mereka memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial berbanding pas pekerjaan.
Kredit https://fb.watch/lQlOhNQYZA/