DAP mencadangkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San sebagai calon Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sekiranya gabungan PH-BN memenangi pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, perkara tersebut merupakan syarat yang telah ditetapkan susulan DAP telah menyerahkan kerusi DUN Dusun Tua kepada calon Umno.
Loke berkata demikian ketika sidang media mengumumkan calon DAP untuk PRN Selangor, di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini.
Sumber video: https://fb.watch/lZN9YwnZMh/?mibextid=RUbZ1f