Polis menahan seorang lelaki berumur 36 tahun di Kuala Lumpur semalam, yang disyaki terlibat membaling batu ke arah Ibu Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut.
Kejadian yang berlaku pada hari Sabtu lalu, mengakitkan dinding kaca pejabat itu pecah. Menurut sumber, penganggur itu ditahan di Lorong Tiong Nam, Chow Kit pada pukul 10 malam.