Ketua Polis Negara, Razarudin Husain memaklumkan terdapat 16 kes penggunaan kad pemgenalan orang lain dilaporkan sepanjang proses pengundian di Selangor sehingga jam 6 petang tadi.
Pada sidang media sebentar tadi beliau berkata, ada pelbagai faktor punca berlakunya penggunaan kad pengenalan orang lain dan salah satu kemungkinan adalah dari pemalsuan.
Tambah beliau kes penggunaan kad pengenalan orang lain juga dilaporkan di Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang.
Sumber: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/2375462659303130