Kerajaan negeri akan memperhalusi kemungkinan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa melalui proses pilihan raya.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata langkah itu bertujuan untuk mengimbangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang kini tidak mempunyai pembangkang.
Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini belum ada keputusan dibuat mengenainya dan ia perlu diperhalusi berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
Sumber video: https://fb.watch/mr-6QnzNg0/?mibextid=woZv4r