Memegang portfolio yang pelbagai merupakan beban dan bukan satu kenikmatan, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.
Tambah Sanusi lagi, pentadbiran negeri tersebut hanya terhad kepada 10 Exco jadi pelbagai portfolio digalas untuk mengisi kekosongan jawatan.
Beliau menjawab persoalan berkenaan selaku MB memegang 8 jawatan portfolio selepas menjawat jawatan pada penggal kedua.
Sumber video: https://www.facebook.com/N24MuhammadSanusiMdNor/videos/833277754793806