Polis menyiasat satu video yang tular menerusi media sosial memaparkan kejadian buli melibatkan pelajar dipercayai dari sebuah sekolah menengah di Ranau, Sabah.
Ketua Polis Daerah Ranau DSP Simiun Lomudin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan pada 3.26 petang semalam dan siasatan sedang dijalankan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan.
Terdahulu, video berdurasi 5 minit 34 saat itu menunjukkan beberapa pelajar dibuli sekumpulan pelajar lain sehingga tular menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial antaranya Facebook yang mengundang kemarahan netizen.
Sumber: https://www.facebook.com/100085967286748/videos/664045022394117