Jentera Pakatan Harapan Muar kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman keluar dari Kerajaan Perpaduan dan menyertai blok pembangkang.
Menurut Setiausaha PH Muar Abdullah Sahid, beliau ibaratkan Syed Saddiq ibarat 'kacang lupakan kulit', tambahnya Presiden Muda itu mengambil tindakan gopoh dan bercelaru.
Untuk rekod, Syed Saddiq menyertai blok pembangkang bermula isnin lalu kerana ingin mengukuhkan kuasa ketiga dan tidak menyertai Perikatan Nasional sehingga hari ini.
https://www.facebook.com/pkrnegerijohor