Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan meneruskan projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur selepas ditangguhkan enam tahun lalu.
Bercakap kepada Malaysiakini, Setiausaha politik Anwar, Azman Abidin berkata keputusan itu mengambil kira kepentingan penduduk di situ yang majoritinya telah berpindah keluar dan masih menunggu rumah baru.