Kerajaan menyediakan RM350 juta bagi merancakkan promosi dan aktiviti pelancongan supaya Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dunia, umum Menteri Kewangan Anwar Ibrahim dalam Belanjawan Madani 2024.
Menurut Anwar, ia termasuklah menetapkan Tahun Melawat Malaysia pada 2026 dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion.