Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob mengesahkan meletak jawatan Setiausaha Bahagian Bersatu Gerik.
Fathul memaklumkan, keputusan itu dibuat kerana beliau sebelum ini dilantik ke jawatan itu oleh Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Gerik, Mohamad Rizal Abd Razak yang turut meletak jawatan pada 1 Oktober lalu.
Fathul menyifatkan perkembangan ini sebagai hal dalaman parti dan tidak wajar dikaitkan dengan kedudukannya sebagai seorang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN).