Cuaca sejuk di Amerika, jumlah kematian kini 10 orang
Nov 21 9:36 AM
Jumlah kematian akibat cuaca sejuk melampau dan ribut salji di timur laut Amerika Syarikat meningkat kepada 10 orang.
Salji lebat sehingga enam kaki dan kadar penglihatan yang hampir sifar dicatatkan di Buffalo, walaupun musim sejuk belum sepatutnya tiba. Keadaan itu melumpuhkan bandar berkenaan.