Langkah kerajaan memperkenalkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disambut sesetengah warganet dengan reaksi yang lucu dan sinis.
Ini selepas kerajaan berkata di bawah Akta PLKN, belia sehingga umur 35 tahun boleh dikerahkan menyertai program latihan tersebut.
Lebih menumpukan kepada segmen belia berusia 30-an, mereka meramalkan suasana program tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai kejadian yang 'janggal'.