Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta.
Hukuman itu selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah terhadap empat pertuduhan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Pemuda Bersatu berjumlah RM1.12 juta.
Hakim Azhar Abdul Hamid bagaimanapun membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara rayuan dibuat di Mahkamah Rayuan.