Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Tiong King Sing menegur bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin supaya tidak menyalahkan pihak lain atas kegagalan rang undang-undang "generasi penamat" (GEG) untuk diluluskan.
Dalam satu kenyataan, Tiong berkata Khairy membentangkan rang undang-undang pada Julai 2022 yang tidak berperlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Menurut Tiong, rang undang-undang itu digubal secara tergesa-gesa dan mengandungi banyak kelemahan, yang akan menimbulkan masalah lain jika diluluskan.