Dewan Rakyat pagi ini menjadi kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Arau (PN), Shahidan Kassim menggesa Ahli Parlimen Hulu Langat (PH), Mohd Sany Hamzan menarik balik perkataan ‘penunggang agama’.
Ia ekoran Mohd Sany sebelum itu bangkit bersetuju dengan jawapan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar sebelum ini berkata persepsi negatif terhadap undang-undang syariah hanya dibangkitkan kerana ada ahli politik yang menunggang agama.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=s_XWBk8Jeyk