Barisan ahli panel forum bertajuk “Setahun Kerajaan Madani: Apa Seterusnya?” anjuran Malaysiakini malam tadi memberi pengiktirafan kecil kepada pentadbiran Anwar Ibrahim.
Namun mereka berkata, perdana menteri kesepuluh itu perlu berusaha lebih keras untuk menunaikan janji-janjinya.
Antara yang lantang membidasnya adalah wartawan veteran R Nadeswaran yang hanya memberikan kerajaan hari ini gred D tolak bersarkan prestasi mereka selepas setahun mentadbir.