Anwar Ibrahim memberi bayangan calon BN Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak akan menjadi ahli Parlimen biasa sekiranya memenangi kerusi Parlimen Kemaman pada 2 Dis nanti.
Sebaliknya kata perdana menteri, bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan diberikan tugas sebagai penghubung antara kerajaan persekutuan dan negeri.
Dalam ceramah yang dihadiri lebih 1,000 penyokong BN dan PH itu, Anwar menyatakan kehadirannya untuk memberi semangat kepada calon dan pengundi sekali gus mengharapkan perubahan berpihak kepada mereka.
Sumber video:
https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=1392256331368756