Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti atau J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani dilaporkan akan membuat laporan polis di IPD Kajang hari ini.
Memetik Utusan Malaysia, peguam Wahab, Faizal Rahman mengesahkan perkara tersebut.
Semalam Wahab telah hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan selama kira-kira tiga jam bertujuan untuk mengenal pasti identiti "Mr H".