Polis Diraja Malaysia tidak akan membiarkan anggota yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekatan jalan raya dibiarkan sewenang-wenangnya, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah.
Menurut Shamsul lagi, setiap anggota terlatih untuk mengikuti garis panduan yang perlu dipatuhi berasaskan arahan dan perintah tetap dari Ketua Polis Negara.
Tambahnya lagi, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard di bawah PDRM akan menyiasat seandainya terdapat anggota yang tidak patuh kepada SOP semasa SJR.
Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) di Dewan Rakyat, hari ini.
Sumber video:
https://www.youtube.com/watch?v=5F3B4jwBeUw