Kerajaan negeri Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri ini dalam Belanjawan Negeri Perak 2024.
Menurut Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, BKK tersebut juga akan turut dinikmati Exco kerajaan negeri, Ex-Officio, semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian.
Tidak lupa juga pemberian BKK kepada ketua kampung bagi lantikan sebelum 15 Disember 2023 pada kadar RM400 seorang.
Sumber: https://www.facebook.com/sukperak/videos/1824216154680031