Keputusan jika ada tangkapan dibuat terhadap bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff atau tidak bergantung kepada siasatan dan bukti yang diperolehi.
Menurut Ketua Polis Negara Razarudin Husain, polis masih menjalankan siasatan membabitkan Agus dan pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.
Terdahulu, Razarudin ditanya sama ada pihak polis akan menahan Agus berikutan dakwaan terbaru Wahab mengenai gangguan seksual di sebuah hotel di Bintulu, Sarawak, Oktober lalu.