Seramai 158 mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara masih terkandas di negara destinasi setakat November.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata mereka adalah sebahagian daripada 428 mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan yang dilaporkan.
Pelbagai langkah dilaksanakan, termasuk mengadakan operasi bersepadu secara berterusan dalam usaha menangani sindiket penipuan pekerjaan di luar negara dan menyelamatkan mangsa, tambah beliau.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=5ukHbCzKqzg