Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani akan terus mengetuai pasukan petugas bagi menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan dalam jawatan kuasa 1MDB selepas dilantik menganggotai kabinet kerajaan perpaduan, semalam.
Terdahulu, Johari memulakan hari pertama dengan ‘Clock-in’ di Ibu Pejabat Kementerian Perladangan dan Komoditi di Putrajaya bersama-sama timbalannya, Chan Foong Hin.