Tiga individu iaitu ahli jawatankuasa penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin, bekas exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris dan pempengaruh media sosial pro-Perikatan Nasional (PN) Salim Iskandar hari ini memberi keterangan kepada pihak polis.
Ini berhubung dakwaan terlibat dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan yang dikenali sebagai Langkah Dubai di balai polis Setapak, Kuala Lumpur, petang tadi.