Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah menghantar pesanan kepada kabinet menerusi Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, Sultan Abdullah antara lain memetik peringatan cendekiawan Islam, Imam Al-Ghazali yang pemimpin negara perlu berkhidmat kepada rakyat dan tidak menyalahgunakan kedudukan untuk mengumpul kekayaan.