Peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid membuat tiga laporan polis selepas mendakwa menerima beberapa ugutan bunuh susulan tindakannya mencabar enakmen Syariah Kelantan.
Nik Elin memberitahu NST banyak ugutan yang diterima termasuk ugutan untuk 'menyembelihnya', selain serangan di internet.
Nik Elin berkata, individu yang mengugutnya tidak faham mengenai perkara yang terjadi kerana hanya mengikut arahan pemimpin politik mereka secara membuta tuli.