Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di peringkat akhir melaksanakan kajian berkaitan skim pencen penjawat awam sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.
Menurut Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, setakat ini tiada sebarang keputusan diambil berhubung skim berkenaan, termasuk untuk menggantikannya dengan kaedah lain.
Kerajaan dikatakan bakal melaksankan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan.
Sumber video: https://www.facebook.com/myjpa/videos/329660480040237